Saturday, August 22, 2009

UBAH GAYA HIDUP, CAPAI KERJAYA CEMERLANG




Pembabitan dan peranan lelaki dan wanita
dalam membangunkan masyarakat dan negara adalah penting berasaskan tugas dan tanggungjawab. Malahperlu diingat, sistem hidup kita kini sangat mementingkan ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Institut Generasi menawarkan program untuk memberi peluang kepada setiap individu yang berkerjaya dan tidak berkerjaya bagi mengubah gaya hidup dengan menjawat jawatan lebih baik & cemerlang. Pegawai kaunseling, Suhaila Osman, berkata program persijilan jangka pendek sanghat mendapat permintaan terutama daripada kategori individu berumur 17 tahun sehingga 40 tahun.Menurutnya, ini menunjukkan individu sudah pandai memilih bidang pengkhususan mengikut kehendak majikan.

Walaupun ada banyak bidang pendidikan berbeza, ibu bapa dan pelajar menjadikan program sijil dan diploma kemahiran sebagai pilihan nombor satu. Mereka bukan saja boleh menjadi seorang yang berjaya, malah akan mempunyai kepemimpinan diri yang tinggi.

Tidak dinafikan, majikan dan pekerja mempunyai matlamat tersendiri dalam dunia pekerjaan. Keupayaan memenuhi kehendak majikan adalah sesuatu yang penting bagi seseorang pekerja. Majikan akan mendapat faedah daripada pekerja yang menepati kehendak dan keperluan bidang kerja ditawarkan.Majikan dan pengurusan mahukan produktiviti, manakala pekerja pula menuntut pulangan setimpal.


Di Institut Generasi, sukatan mata pelajaran disediakan begitu menarik dan berguna. Daripada sudut perspektif, seorang pekerja bukan saja dilihat daripada tahap pendidikan mereka malah perlu mempunyai potensi seperti rajin dan teliti menguruskan pejabat, mahir dalam menyediakan dokumen pejabat, mempunyai kecekapan menaip yang pantas serta pengambilan nota yang pantas dan padat.


Tidak dinafikan, sistem pendidikan yang terlalu berteraskan peperiksaan dan kelulusan atas sijil menyumbang kepada masalah graduan yang lemah dari segi komunikasi dan aspek lain.Menurut Suhaila, di Institut Generasi, pelajar diberi pendedahan latihan kemahiran industri yang mirip amalan kerja sebenar. Tenaga pengajar pula adalah graduan lepasan universiti tempatan dan luar negara serta mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia dari Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.


Pendedahan serta latihan yang diberi bukan saja membantu graduan, tapi juga organisasi itu sendiri. Ini kerana cabaran dalam pelbagai industri masa kini wujud dalam pelbagai bentuk hingga memerlukan pekerja sebagai individu yang sentiasa bersedia menempuhi cabaran yang ada.


Apa yang diinginkan majikan apabila memilih seseorang pekerja ialah kebolehan mereka mengutarakan idea yang selari dengan realiti kerjaya berkenaan. Untuk memenuhi kehendak majikan itu, inisiatifnya terletak kepada graduan sendiri untuk mempersiapkan diri mereka sebelum memasuki alam pekerjaan
Untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pekerja dengan lebih berkesan, seseorang individu memerlukan pelbagai kemahiran dan kecekapan.

“Kami mengambil langkah perlu menawarkan bidang profesional ini di Institut Generasi. Pengambilan hanya dibuat setahun sekali dan pendaftaran dibuka sekarang,” Ulas Suhaila.


Bagi mengelak terlepas peluang ini, individu berminat disyorkan hadir terus ke Institut Pendidikan Generasi di alamat di 51-53, Jalan Leboh Ampang, Kuala Lumpur (berhampiran LRT Masjid Jamek, Kuala Lumpur) bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kursus ditawarkan. Sebarang pertanyaan sila hubungi Institut Generasi di talian
03-20704081.(CIK SU/SHALIZA)